Sunday, August 31, 2008

SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum. Selamat berpuasa kepada semua umat islam di Malaysia. Moga puasa tahun ini memberi lebih makna kepada kita. Bila tibanya Ramadhan, saya masih mengenang saat-saat indahnya berpuasa di Madinah dan Makkatulmukarramah. Manisnya saat mengerjakan ibadat umrah di bulan puasa. Bertarawih dengan jutaan umat islam di sana. Masih terbayang-bayang di ruangan mata ini tatkala menatap rumah Allah yang sentiasa dipenuhi umatnya mengerjakan tawaf siang dan malam. Rindu di hati saya untuk ke sana lagi. Subhanallah. Merenung binaan rumah Allah saya turut merasakan bahawa bagaimana sejarah umat Islam bermulanya di sini. Betapa hebatnya Nabi Muhammad SAW memperjuangkan agama Allah hingga lah ke hari kiamat.Dikala azan maghrib memanggil, tiada apa yang lebih nikmat di kala itu, hanya buah kurma dan air zam-zam yang di kurniakan Allah keajaibannya mampu menguatkan tenaga untuk terus beribadat dan bertarawih kepada Allah. Silaturrahim terbit dari hati yang ikhlas ketika air zam-zam dan buah kurma di agih-agihkan kepada jemaah.

Kepada teman-teman yang ada kesempatan dan kemampuan, hadirlah ke sana di bulan ramadhan. Pastinya hati meronta untuk ke sana lagi.

No comments: